Jambatan ditenggelami banjir, bomba bantu pindah jenazah
KUALA KRAI - Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai membantu dalam pengurusan jenazah seorang penduduk kampung susulan jambatan di Kampung Sungai Pas di sini, ditenggelami air pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizuan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.22 pagi.
"Seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi untuk mengambil sampel (pada mayat) bagi tujuan ujian saringan Covid-19.
"Selepas mendapat keputusan ujian (negatif), pasukan bomba sekali lagi ke lokasi untuk operasi memindahkan jenazah ke masjid bagi proses pengendalian," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.
Menurutnya, proses tersebut turut dibantu oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, operasi tamat sepenuh pada jam 1.47 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!