Mindef hantar pasukan khas bantu bersihkan Sungai Kim Kim

Anggota CBRN dan anggota HAZMAT menbuat tinjauan di kawasan terlibat.
Anggota CBRN dan anggota HAZMAT menbuat tinjauan di kawasan terlibat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan menghantar pasukan Peninjau Bahan Kimia Biologi, Radiologi dan Nuklear (CBRN) daripada 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) memberikan bantuan dan kepakaran untuk membersihkan kawasan pencemaran bahan kimia beracun di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Menurut satu kenyataan, pasukan yang diketuai Lt Kol Norhelmi Ismail dengan empat orang pegawai dan 21 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) turut dilengkapi beberapa peralatan khusus iaitu ChemPro, Lightweight Chemical Detector (LCD), Sampling Equipment, CBRN Protective Suit (Complete), Tyvek Suit, Breathing Apparatus (BA), Nitrile Glove dan N95 Mask

Persiapan yang dilakukan sebelum anggota CBRN ke kawasan tinjauan.
Persiapan yang dilakukan sebelum anggota CBRN ke kawasan tinjauan.



No Image Caption

"Pasukan Peninjau CBRN telah melapor di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.

"Manakala Pasukan Nyah Cemar CBRN kini sedang bersiap sedia bagi diatur gerak membantu pihak berkuasa melaksanakan tugas pembersihan anggota dan kawasan yang tercemar bahan kimia beracun dan akan membantu pihak Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dalam pelaksanaan operasi di tempat kejadian," katanya.

Selain itu, pihak Tentera Darat juga telah menghantar Pasukan Unit Pemindahan Mangsa (CEU) dari dua Batalion Ubat seramai satu pegawai perubatan dan tiga paramedik bersama sebuah ambulans yang akan bergabung bersama pasukan Nyah Cemar CBRN untuk bantuan kepada pasukan Tentera Darat yang terlibat di dalam operasi.

"Kesemua pegawai dan anggota yang terlibat ditempatkan di Rejimen 501 Askar Wataniah, Kem Tebrau, Johor Bahru. Bantuan lain akan diberi dari masa ke semasa mengikut keperluan operasi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!