Melecur akibat tiru eksperimen di TikTok

Eksperimen menyalakan isopropil alkohol ke dalam sebuah botol menyebabkan seorang kanak-kanak melecur di Amerika Syarikat. - Foto TikTok
Eksperimen menyalakan isopropil alkohol ke dalam sebuah botol menyebabkan seorang kanak-kanak melecur di Amerika Syarikat. - Foto TikTok
A
A
A

HARTFORD - Seorang kanak-kanak di negeri Connecticut, Amerika Syarikat (AS) telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana melecur teruk selepas membuat satu eksperimen yang popular di aplikasi rangkaian sosial, TikTok baru-baru ini.

Jabatan Bomba East Haven di negeri tersebut memberi amaran kepada penduduk tentang bahaya membuat ekperimen yang dikenali sebagai 'percubaan botol whoosh' selepas seorang budak lelaki berusia 12 tahun menirunya di rumah.

Mangsa terpaksa dirawat di sebuah hospital di bandar raya Bridgeport, Connecticut.

Percubaan itu melibatkan isopropil alkohol dimasukkan ke dalam sebuah botol air bersaiz besar sebelum alkohol dimasukkan ke dalamnya dan kemudian menyalakan api ke dalam botol tersebut.

Ia kemudian menghasilkan nyalaan api berwarna biru besar dan bunyi 'whoosh'.

Anggota-anggota bomba kemudian bergegas ke rumah tersebut selepas mendapat panggilan dan kanak-kanak itu dibawa terlebih dahulu ke Hospital Kanak-kanak Yale di New Haven sebelum dipindahkan ke Hospital Bridgeport. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!