Reece James mungkin berehat panjang

Reece James mengalami kecederaan ketika seri 1-1 menentang Brighton pada Khamis.
Reece James mengalami kecederaan ketika seri 1-1 menentang Brighton pada Khamis.
A
A
A

PEMAIN sayap pertahanan Chelsea, Reece James berkemungkinan terpaksa direhatkan selama dua bulan selepas mengalami kecederaan hamstring.

Perkara tersebut disahkan pengendali The Blues Thomas Tuchel, selepas pemain kelahiran England itu terpaksa dikeluarkan ketika Chelsea seri 1-1 menentang Brighton pada Khamis.

Menurut Tuchel, pemeriksaan lanjut akan dilakukan kepada James bagi mengetahui tahap keseriusan kecederaan yang dialami pemain berusia 22 tahun itu.

"Ada dua kemungkinan kecederaan yang dialami Reece(James) sama ada hamstring atau masalah otot yang dialaminya sebelum ini.

"Kami masih menunggu keputusan imbasan kecederaannya dan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

"Kita tidak boleh tergesa-gesa berkaitan perkara ini kerana ia perlu diligat dengan teliti. Selepas keputusan imbasan kecederaan itu keluar, barulah kita boleh putuskan status kecederaannya," katanya.

Dalam pada itu, pengurus kelahiran Jerman itu turut mengesahkan bek kiri The Blues, Ben Chilwell selesai menjalani pembedahan lutut awal minggu ini.

Jelas Tuchel, pembedahan itu disifatkan berjaya dan Chilwell akan terlepas baki perlawanan Chelsea bagi musim ini.

Artikel Berkaitan:

"Chilwell berjaya dalam pembedahan lututnya yang dilakukan pada minggu lepas dan akan terlepas baki perlawanan musim ini.

"Kami berharap dia dapat kembali sihat dan bersama dengan kami secepat mungkin," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!