Pas Khas warga asing terkandas akibat PKP dilanjutkan

Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud
A
A
A

SHAH ALAM - Permohonan Pas Khas untuk warga asing yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, ia meliputi urusan permohonan Pas Khas oleh pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang terkandas atau tinggal lebih masa mulai 1 Februari 2020 dilanjutkan.

"Bagi warga asing pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) tempoh permohonan Pas Khas dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022.

"Pemegang PLS Jangka Panjang pula, tempoh permohonan Pas Khas dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, urusan permohonan Pas Khas dan pembaharuan PLS Jangka Panjang boleh dilaksanakan di Kaunter Bahagian Visa, Pas dan Permit di semua cawangan Pejabat Imigresen negeri.

"Urusan pembaharuan PLS Jangka Panjang Pasangan kepada warganegara boleh dilakukan secara dalam talian melalui sistem ePLSI.

"Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati dengan melayari laman web JIM di pautan www.imi.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!