Kru kapal terkena renjatan elektrik

Mangsa warga tempatan dibawa ke Jeti Pelabuhan Tanjung Pelepas sebelum di bawa ke hospital.
Mangsa warga tempatan dibawa ke Jeti Pelabuhan Tanjung Pelepas sebelum di bawa ke hospital.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kru kapal warga tempatan diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) selepas dilaporkan terkena renjatan elektrik di atas kapal pada kedudukan 5.1 batu nautika timur laut Tanjung Piai, pada Jumaat.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.15 malam berkenaan seorang kru kapal dagang yang tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik sewaktu berada di atas kapal dagang tersebut.

"Bot Kilat 18 diatur gerak ke lokasi kejadian di timur laut Tanjung Piai bagi memberi bantuan membawa mangsa ke Jeti Pelabuhan Tanjung Pelepas.

"Mangsa, Mohd Ariffin Rosman, 28, masih sedar namun agak lemah ketika ditemui dan mangsa segera dikejarkan ke sebuah hospital swasta bagi mendapat rawatan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!