Co-opbank Pertama tawar moratorium untuk mangsa banjir

Co-opbank Pertama (CBP) pada Sabtu mengumumkan pemberian moratorium kepada pelanggannya yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan Disember 2021.Gambar hiasan
Co-opbank Pertama (CBP) pada Sabtu mengumumkan pemberian moratorium kepada pelanggannya yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan Disember 2021.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Co-opbank Pertama (CBP) pada Sabtu mengumumkan pemberian moratorium kepada pelanggannya yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri sejak pertengahan Disember 2021.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, sebagai bank koperasi yang prihatin terhadap pelanggan serta selaras dengan prinsipnya iaitu prihatin terhadap komuniti, CBP ingin mengumumkan bahawa permohonan moratorium bencana banjir boleh dibuat oleh pelanggan yang terjejas secara dalam talian.

Permohohan moratorium itu boleh dibuat menerusi pautan https://bit.ly/MBCBP2021 bermula 3 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagi pelanggan PKS dan Koperasi pula, permohonan boleh dikemukakan terus melalui e-mel kepada pembiayaan.korporat@cbp.com.my.

Cawangan CBP akan menghubungi pelanggan dan memaklumkan status permohonan moratorium mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!