TMJ lawat mangsa banjir di Segamat

Tunku Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara ( PPS) di sekitar kawasan Tenang, Labis, Segamat, pada Sabtu
Tunku Ismail melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara ( PPS) di sekitar kawasan Tenang, Labis, Segamat, pada Sabtu
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa melawat mangsa banjir ditempatkan di beberapa buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat.

Menerusi hantaran di muat naik di HRH Crown Prince of Johor, baginda melawat PPS di Dewan Pekan Air Panas, Labis Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang Labis.

"Saya telah selesai melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Segamat iaitu di PPS SK Kampung Tenang Labis, PPS Dewan Pekan Air Panas, Labis dan PPS SJKC Ai Chun.

"Alhamdulillah, barang-barang bantuan telah diagihkan kepada mangsa banjir dan suasana di sini semuanya terkawal," titah baginda, pada Sabtu.

Daerah ini menjadi daerah pertama terjejas banjir iaitu 456 mangsa daripada 133 keluarga dipindahkan ke lapan PPS setakat 8 pagi Sabtu dan terus meningkat kepada 658 orang daripada 192 keluarga pada jam 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!