Apek sah jaga gawang Sabah FC musim ini

Khairul Fahmi sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Khairul Fahmi sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
A
A
A

PENJAGA gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Sabah FC mengesahkan perkara tersebut melalui perkongsian di laman sosial rasmi Facebooknya pada Sabtu.

"Khairul Fahmi Che Mat is a Rhino! Welcome to the Land Below The Wind Bosku! (Khairul Fahmi kini skuad Sang Badak! Selamat datang ke Negeri di Bawah Bayu)," menurut hantaran itu.

Sementara itu, jurucakap Sabah FC ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan perkara tersebut dan pihaknya akan memberikan maklumat lebih terperinci sedikit masa lagi.

Khairul Fahmi, 32, bekas penjaga gol Melaka United merupakan antara tonggak skuad Harimau Malaya dikendalikan Datuk Ong Kim Swee, kini ketua jurulatih Sabah FC, yang mempertahankan pingat emas bola sepak pada pentas Sukan SEA 2011.

Selain Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan 'Apek', tiga pemain kebangsaan iaitu perancang tengah Baddrol Bakhtiar, serta pemain pertahanan Dominic Tan dan Rizal Ghazali juga menyertai skuad kendalian Kim Swee musim ini.-- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!