12 individu dikompaun langgar SOP PPN
KUALA LUMPUR - Seramai 12 individu dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 berhubung prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas ingkar amaran pihak berkuasa supaya tidak berkumpul di sekitar kawasan Bukit Bintang dan Pavilion di sini, pada awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pemantauan yang dijalankan pihak polis mendapati ramai orang berada di lokasi berkenaan.
"Dianggarkan antara 700 hingga 1,000 individu berada di lokasi berkenaan memandangkan keadaan hujan renyai ketika itu. Polis kemudian mengawal orang ramai dengan mengarahkan mereka supaya elak berkumpul.
"Tindakan kompaun dikeluarkan kepada orang ramai yang degil serta tidak mengendahkan peringatan. Keseluruhan jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak RM12,000," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!