Rumah teres hangus
KUANG - Sebuah rumah teres hangus keseluruhan dalam kejadian kebakaran di Kampung Permata, Kundang di sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Norizham Mohd Nudin berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan kecemasan jam 8.21 pagi.
Menurutnya, seramai 12 orang anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang serta Rawang ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati berlaku kebakaran dengan asap yang tebal melibatkan sebuah rumah kelas C hangus 100 peratus.
"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Tambah beliau, punca kejadian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!