12 maut dalam kejadian rempuhan di Kashmir

Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian rempuhan berhampiran sebuah kuil di Jammu, Kashmir pada Sabtu. - Foto AP
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian rempuhan berhampiran sebuah kuil di Jammu, Kashmir pada Sabtu. - Foto AP
A
A
A

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 12 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian rempuhan berhampiran sebuah kuil di Jammu, Kashmir pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan seorang anggota kanan polis.

Kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi waktu tempatan, selepas berlaku pertengkaran antara dua kumpulan lalu mengakibatkan orang ramai tolak-menolak dan kemudian berlaku kejadian rempuhan.

Kebanyakan mangsa yang terkorban dikatakan penduduk Delhi, Haryana, Punjab, dan seorang dari Kashmir, manakala mereka yang cedera telah dihantar ke hospital berhampiran.

Orang ramai melawat kuil Mata Vaishno untuk upacara sembahyang pada hari pertama setiap tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!