Banjir: Malaysia perlu ada pelan induk

 Sebuah lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa mangsa banjir untuk dihantar ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) terdekat dilihat meredah laluan Jalan Tampin-Gemas yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak pukul 5 pagi tadi hari ini. - Foto Bernama
Sebuah lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa mangsa banjir untuk dihantar ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) terdekat dilihat meredah laluan Jalan Tampin-Gemas yang dinaiki air ekoran hujan lebat sejak pukul 5 pagi tadi hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Malaysia perlu memiliki satu pelan induk bagi menangani masalah bencana banjir yang berlaku saban tahun, kata aktivis alam sekitar Sarawak, Datuk Seri Ang Lai Soon.

Komander St John Ambulans Sarawak itu berkata, sebuah suruhanjaya bebas yang dibarisi jurutera profesional dan pakar harus membuat kajian mengenai pelan itu dengan segera dan mengemukakan syor untuk pelaksanaan.

“Kalau boleh (pelan induk itu hendaklah disediakan) sebelum banjir seterusnya berlaku,” katanya dalam Amanat Tahun Baharu di sini pada Sabtu.

Ang berkata, beliau sedih melihat banjir besar di negeri-negeri di Semenanjung yang telah meragut berpuluh-puluh nyawa dan menyebabkan beribu-ribu lagi mangsa kehilangan tempat tinggal.

“Bukan sahaja nyawa manusia tetapi juga haiwan seperti anjing dan kucing, harta benda serta barangan peribadi turut musnah. Ramai orang jatuh sakit dan mengalami trauma,” katanya.

Menurut beliau, Sarawak dan Sabah pula tidak lama lagi akan mengalami musim monsun tahunan.

Ujar beliau, memandangkan keadaan cuaca ekstrem boleh berlaku di mana-mana, kedua-dua negeri harus bersedia menghadapi hujan dan angin kencang yang membawa kerosakan.-- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!