10 penuntut universiti ditahan main PUBG

Ibu bapa bimbang PUBG mendatangkan pengaruh buruk termasuk unsur ganas selain boleh mengganggu tumpuan terhadap pelajaran.
Ibu bapa bimbang PUBG mendatangkan pengaruh buruk termasuk unsur ganas selain boleh mengganggu tumpuan terhadap pelajaran.
A
A
A

AHMEDABAD - INDIA. Polis menahan 10 penuntut universiti di barat Gujarat, India, semalam kerana bermain permainan video popular, PUBG.

Pihak berkuasa India telah mengharamkan permainan itu minggu lalu kerana peningkatan keganasan dalam kalangan kanak-kanak dan belia.

Gujarat adalah satu-satunya negeri di India yang melaksanakan pengharaman itu selepas permainan berkenaan dimuat naik oleh lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia.

Bagaimanapun, jurucakap polis, VS Vanzara berkata, semua yang ditahan itu kemudian dibebaskan dengan ikat jamin pada hari sama.

Larangan itu dibuat kerana ibu bapa bimbang PUBG mendatangkan pengaruh buruk termasuk unsur ganas selain boleh mengganggu tumpuan terhadap pelajaran.

Sebelum ini, seorang wanita turut mengadukan masalah itu kepada Perdana Menteri, Narendra Modi yang bimbang dengan ketagihan anaknya terhadap permainan itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!