Lelaki campak dadah, elak dicekup

Sebanyak 126 biji pil kuda bernilai RM1,260 ditemui dalam beg sandang yang dicampakkan sorang lelaki ketika mengelakkan diri dari dicekup oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan PGA Kuantan pada Sabtu.
Sebanyak 126 biji pil kuda bernilai RM1,260 ditemui dalam beg sandang yang dicampakkan sorang lelaki ketika mengelakkan diri dari dicekup oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan PGA Kuantan pada Sabtu.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki bertindak mencampakkan beg sandang yang mengandungi dadah bagi mengelakkan diri dicekup oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, suspek berusia 26 tahun itu dicekup semasa pihaknya melakukan rondaan di Kampung Kedai Lama, di sini.

"Semasa rondaan dilakukan sekitar jam 5 petang anggota PGA telah bertindak menghampiri suspek yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Menurutnya, sejurus melihat kehadiran anggota PGA suspek telah bertindak melarikan diri dan mencampakkan beg sandang yang ada padanya.

Beliau berkata, usaha suspek untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya dicekup oleh anggota bertugas dan pemeriksaan yang dilakukan ke atas beg itu membawa kepada penemuan 126 biji pil kuda bernilai RM1,260.

Azhari berkata, sariangan awal air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata, suspek telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!