Gambar pra-perkahwinan Fasha guna Huawei P30
SELEBRITI popular, Fasha Sandha akan menamatkan zaman jandanya dengan pelakon, Aidil Aziz hujung bulan ini.
Beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Fasha dan Aidil dilihat merakam gambar pra-perkahwinan mereka tanpa menggunakan kamera SLR.
Mengenakan gaun dan sut serba putih, kedua-dua bakal mempelai ini kelihatan begitu anggun sekali.
Gambar pra-perkahwinan yang dirakam hanya menggunakan telefon pintar Huawei menyerlahkan lagi pasangan sama cantik sama padan ini.
Kecanggihan teknologi Huawei P30 Series berjaya menghasilkan gambar jarak jauh yang boleh dilihat dengan lebih dekat tekstur gaun Fasha.
Pakaian yang direka Azura Couture itu dapat dilihat dengan jelas teksturnya walaupun gambar ditangkap secara jauh.
Keupayaan kamera luar biasa Huawei membuktikan pengeluar telefon pintar ini didatangi dengan teknologi mengagumkan.
Umum mengetahui Huawei Mate 20 Pro menggabungkan ciri-ciri lensa tiga kamera dan dikenali sebagai telefon pintar utama oleh DxOMark dengan 109 mata skor yang sama diberikan kepada Huawei P20 Pro.
Berdasarkan gambar pra-perkahwinan Fasha, ramai yang percaya ia dirakam menggunakan telefon pintar Huawei P30.
Jadi, nantikan 26 Mac ini untuk melihat lebih banyak gambar menarik dari pasangan ini.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://consumer.huawei.com atau lawati laman Facebook Huawei di www.facebook.com/HuaweiMobileMY
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!