Pemain dram Ekamatra hidap kanser tisu paha

No Image Caption
A
A
A

PEMAIN dram kumpulan Ekamatra, Rashid atau nama panggilan Ashid @Atan menghidap penyakit kanser tisu paha tahap tiga sejak Oktober tahun lalu.

Menurutnya, sakit pada bahagian paha yang dialami itu sebenarnya sudah agak lama dalam 3 hingga 4 tahun. Namun sekadar bengkak dan dia tidak sama sekali menyangkakan bahawa itu adalah kanser.

Sehinggalah Rashid atau nama sebenarnya Rashid Ibrahim, 53, membuat rawatan pada bulan Oktober tahun lalu, dan dia disahkan menghidap kanser tersebut.

No Image Caption

“Saya dah berhenti kerja pada bulan Mei tahun lalu sebab kerap sakit dan deman. Tak berdaya memandu ulang alik dari Selayang ke tempat kerja di Shah Alam.

“Jadi pekerjaan saya sekarang hanyalah busking di beberapa tempat seperti mall, LRT, kedai-kedai makan, majlis keramaian, perkahwinan, karnival dan show-show.

“Ada juga yang sudi datang menghulurkan bantuan namun apabila tidak mempunyai pendapatan tetap kadang kala duit itu saya terpakai untuk hal-hal lain yang lebih mustahak seperti sewa rumah, perubatan alternatif dan lain-lain,” akuinya jujur.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Tambah Rashid, kos rawatan untuk pembedahan sekitar RM8,000 sahaja tetapi apabila memikirkan risiko-risiko yang perlu dihadapi, beliau masih menimbangkan prosedur pembedahan tersebut.

“Saya ada kencing manis, Jadi jika selepas dibedah, tak tahu apa yang akan berlaku. Semua itu yang membuatkan saya serba salah dan masih memikirkannya. Apatah lagi, jika sukar bergerak macam mana nak cari nafkah untuk keluarga.

“Jadi buat masa ini, selagi saya boleh bertahan, saya akan bertahan demi keluarga. ALLAH sentiasa ada bersama,” katanya yang mempunyai lima orang anak.

Bagi yang ingin membantu, Rashid boleh dihubungi di talian 0192937998.

Antara lagu popular Ekamatra seperti Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuh Raya, Hanya Satu Persinggahan dan banyak lagi.

Selepas Ekamatra Rashid juga pernah menganggotai kumpulan Kemala dengan lagu popular Kasih Di Hujung Hari.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!