Laluan dipenuhi sisa banjir di Kampung Tengah ditutup sementara

Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan secara berterusan namun KDEBWM menghadapi kekangan kerana kawasan tebing sungai berhampiran laluan itu agak sempit untuk jentera berat.
Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan secara berterusan namun KDEBWM menghadapi kekangan kerana kawasan tebing sungai berhampiran laluan itu agak sempit untuk jentera berat.
A
A
A

SHAH ALAM - Laluan dijadikan tempat pembuangan sampah oleh penduduk di Kampung Tengah, Puchong akan ditutup bagi mengelak aktiviti pembuangan sampah menjadi tidak terkawal.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penutupan jalan akan berkuatkuasa pada Isnin bagi mengelak kawasan berkenaan terus menjadi tempat pembuangan sisa banjir oleh golongan tidak bertanggungjawab.

Amirudin memberi respon demikian susulan lawatan seorang pemimpin UMNO ke kawasan berkenaan yang menegaskan timbunan sisa banjir perlu segera diangkut bagi mengelak pencemaran bau dan mendatangkan penyakit.

"Terima kasih kerana melawat Datuk (Ahmad Maslan), tempat tersebut hampir setiap hari dibersihkan namun ada pihak yang buang balik (sisa banjir) di kawasan tersebut.

"Hari ini kita bersihkan semula, esok kita akan tutup untuk elak mereka buang (sisa banjir) di tempat tersebut. Ini situasi jam 2:30 petang," ciapnya sambil memuat naik gambar kawasan berkenaan yang telah dibersihkan di laman Twitternya pada Ahad.

Pada Ahad, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memuat naik video di laman Twitternya mendakwa dirakam sendiri oleh beliau ketika melalui laluan berkenaan yang dipenuhi timbunan sisa banjir.

Beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) segera mengangkut sisa banjir berkenaan kerana kawasan itu hampir dengan bandar dan lebuh raya selain akan menyebabkan pencemaran.

Sementara itu, KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) akan berbincang dengan pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan polis untuk membenarkan penutupan jalan itu dalam tempoh tertentu.

Artikel Berkaitan:

Ini susulan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan secara berterusan namun KDEBWM menghadapi kekangan kerana kawasan tebing sungai berhampiran laluan itu agak sempit untuk jentera berat.

"Pihak KDEBWM akan berbincang dengan pihak MBSJ dan PDRM untuk membenarkan penutupan jalan ke kawasan ini untuk tempoh tertentu bagi memudahkan urusan membawa keluar sampah-sampah ini ke pusat pemindahan sampah sementara (TS2) dan seterusnya dibawa ke pusat pelupusan di Jeram," ciap KDEBWM di ruangan komen media sosial itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!