Limpahan air dari Empangan Jus, Durian Tunggal terkawal: BKSA
MELAKA - Limpahan air dari Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah dan Empangan Jus di Jasin terkawal, walaupun paras kedua-dua empangan tersebut mencapai tahap 100 peratus.
Pengarah Sumber Air, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka Faizah Abdul Rahman berkata setakat ini, kerajaan negeri tidak membuat sebarang keputusan untuk membuat pelepasan air dari kedua-dua empangan itu, kerana kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal melalui sistem alur limpah sedia ada.
“Kenyataan yang telah ditularkan berkaitan pelepasan air Empangan Durian Tunggal adalah tidak tepat. Ia adalah merujuk kepada pintu air (tidal gate) di sungai yang dibuka bagi melancarkan aliran air,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Tular di media sosial mengenai sekeping gambar berkaitan pelepasan air dikatakan dari Empangan Durian Tunggal. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!