[VIDEO] Balak haram: Berjasa dakwa kerajaan berdiam diri

Fahmi Bazlan
Fahmi Bazlan
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) mendakwa kerajaan masih mengambil sikap berdiam diri dalam isu pembalakan haram yang dikatakan menjadi punca banjir besar.

Ketua Pemuda Parti Berjasa, Fahmi Bazlan berkata, ribuan rakyat menjadi mangsa dalam bencana banjir besar kali ini turut menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.

"Lebih mengejutkan, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) hanya 'berdiam diri' apabila banyak pembongkaran kegiatan pembalakan haram berlaku terutamanya di kawasan Karak.

"Kira-kira 45 badan bukan kerajaan (NGO) telah menuntut kerajaan untuk mengambil tindakan kepada pihak terlibat tetapi sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Fahmi berkata, nasib mangsa banjir masih belum terbela sepenuhnya apabila ada yang tinggal sehelai sepinggang dan dalam keadaan terkapai-kapai bagi memulakan kehidupan mereka semula.

Sehubungan itu, Fahmi mengesa agar kerajaan berhenti mempolitikkan isu banjir dengan berpura-pura prihatin sebaliknya mengaku kesalahan dengan mohon maaf kepada semua mangsa banjir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!