Ekspedisi Kayak Tahun Baru

No Image Caption
A
A
A

Kelab Sukan Rekreasi Arus Deras Malaysia mencipta kelainan apabila menyambut ketibaan tahun 2022 dengan menganjurkan Ekspedisi Berkayak ke Pulau Tuba, Langkawi.

Penganjur Ekspedisi, Mejar Khairul Amrie Hasim berkata ekspedisi sejauh 37km yang mengambil masa kira-kira 10 jam itu disertai oleh 40 orang peserta dari seluruh negara.

“Ekspedisi ini bermula sejak tahun 2000 tetapi berlainan laluan, ada laluan yang pernah dibuat dari Kuala Perlis ke Langkawi dan akan dibuat laluan dari langkawi ke Kuala perlis, supaya peserta mempunyai pengalaman berbeza dalam setiap ekspedisi,” katanya di sini, hari ini.

Khairul Amrie menyatakan, tidak ramai peserta yang dapat menghabiskan kayuhan kerana ada tiga buah kayak karam ditelan ombak, dengan kelajuan angin di antara 9 hingga 13 knot, dan lautan yang bergelora berikutan fonemena air pasang besar.

Jelasnya, ekspedisi ini merupakan kali kelima seumpamanya dan mendapat sambutan menggalakkan terutama dari pengiat kayak yang baru.

Tambahnya lagi 80 peratus adalah peserta baru kerana aktiviti ini bertujuan melahirkan pelapis-pelapis baharu dalam aktiviti kayak rekreasi.

Seorang peserta, Nurhidayah Abdul Halim dari Damansara, berkata ini merupakan kali pertama dia menyertai program seumpama ini. “Kita tak biasakan di tengah-tengah laut, jadi bila kayak tu betul-betul terpacak kat dalam air, terasa sangat mencabar,” ujarnya.

Aktiviti ini mendapat sokongan daripada pejabat ADUN Kuala Perlis, Nor Azam Karap yang turut terlibat dalam aktiviti berkayak ini, selain Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kastam dan Syarikat Kayaking Malaysia. - Foto Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Peralihan Monsun Timur Laut

No Image Caption
GALERI

Eraman Mall bebas cukai

No Image Caption
GALERI

Perbarisan Tamat Kursus KPDN

No Image Caption
GALERI

Regatta Lepa Semporna Ke-29