Pakistan berdepan gelombang kelima Covid-19

Pakistan berdepan gelombang kelima Covid-19 di tengah-tengah peningkatan kes di seluruh negara. - Foto The News
Pakistan berdepan gelombang kelima Covid-19 di tengah-tengah peningkatan kes di seluruh negara. - Foto The News
A
A
A

KARACHI - Pakistan berdepan gelombang kelima Covid-19 di tengah-tengah peningkatan kes di seluruh negara, kata seorang pegawai kanan negara itu pada Ahad.

Menteri Perancangan, Asad Umar, yang juga ketua strategi anti-virus negara itu berkata, terdapat bukti jelas bahawa gelombang kelima Covid-19 'kini bermula', lapor Agensi Anadolu.

"Bukti jelas menunjukkan satu lagi gelombang Covid-19 telah bermula, dan telah dijangka sejak beberapa minggu lepas," menurut Umar menerusi ciapan Twitter, sambil menambah bahawa penjujukan genom menunjukkan peningkatan terhadap kes melibatkan varian Omicron, terutamanya di Karachi, bandar terbesar di negara itu.

"Ingat, memakai pelitup muka adalah perlindungan terbaik anda," kata beliau.

Negara Asia Selatan itu melaporkan lebih 500 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lalu, selama empat hari berturut-turut, menurut Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Sebanyak 594 jangkitan baharu, kes keseluruhan kini mencecah 1,296,527 dengan kadar jangkitan meningkat daripada 0.6 peratus kepada 1.3 peratus.

Negara itu setakat ini melaporkan 28,941 kematian berkaitan Covid-19.

Menurut Umar, kira-kira 70 juta daripada 210 juta rakyatnya telah lengkap divaksin. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!