Paras sungai utama di Negeri Sembilan mula menurun
SEREMBAN - Paras air di kebanyakan sungai utama di Negeri Sembilan menunjukkan trend penurunan setakat jam 1 tengah hari, pada Isnin.
Bagaimanapun berdasarkan laporan dikeluarkan Bahagian Pengurusan Sumber Air Dan Hidrologi, Jabatan Pengairan Saliran Negeri Sembilan, tiga sungai masih di paras bahaya.
Sungai berkenaan ialah Sungai Muar@ Pekan Rompin Daerah Jempol yang mencatatkan bacaan 37.14m berbanding paras normal 28.50m dan Sungai Gemencheh@ @ Empang Sungai Dua Daerah Tampin yang mencatatkan bacaan 38.57 berbanding paras normal 36.50m.
Selain itu Sungai Muar @ Kg Berembang Daerah Kuala Pilah yang mencatatkan bacaan 63.50m berbanding paras normal 61.80m.
Satu sungai menunjukkan paras amaran iaitu Sungai Serting @ Serting Ulu Daerah Jempol yang mencatatkan bacaan 74.27 berbanding paras normal 72.00m.
Sementara itu Sungai Rembau @ Titian Bintangor Daerah Rembau pula menunjukkan paras waspada dengan mencatatkan bacaan 4.12m berbanding paras normal 3.90m.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!