Gerakan Ekonomi Pejuang sasar bantu 100,000 penganggur

Majlis Pelancaran Program Kerja dan Latihan Perniagaan dan Kemahiran.
Majlis Pelancaran Program Kerja dan Latihan Perniagaan dan Kemahiran.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyasarkan membantu 100,000 penganggur dan usahawan melalui program Gerakan Ekonomi Pejuang yang dilancarkan pada 19 Disember lalu.

Ahli Majlis Eksekutif Pusat, Armin Baniaz Pahamin berkata, gerakan tersebut merupakan satu program yang menggerakkan semua jentera parti untuk membantu masyarakat yang menganggur mendapatkan pekerjaan selain memastikan usahawan mendigitasikan perniagaan mereka.

Menurutnya, sasaran utama membabitkan golongan B40 dan ke bawah.

“Kami berjaya mendigitasikan lebih 2,000 kemahiran melalui program GIG, mendaftar 2,000 perniagaan dan memberi penempatan kerja kepada lebih 1,000 orang terutama di Kelantan, Selangor dan Perak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Armin Baniaz berkata, penggerak Pejuang dilatih dan dikelolakan oleh Biro Ekonomi Pejuang di setiap negeri dan gerakan berkenaan akan berlangsung hingga akhir tahun depan atau sehingga masalah pengangguran menjadi kurang kritikal.

Pada 19 Disember, Gerakan Ekonomi Pejuang dilancarkan oleh Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Wira Marzuki Yahya, Armin Baniaz, Ketua Pimpinan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Harumaini Omar dan Ketua Biro Ekonomi Selangor, Datuk Mohd Zaidi Ilamdin.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Biro Ekonomi Pusat Pejuang berkata, sehingga kini lebih 60,000 rakyat kehilangan kerja dan jumlah pengangguran mencapai 860,000 orang.

Tambah beliau, pakej bantuan Gerakan Ekonomi Pejuang yang disediakan merangkumi empat aspek iaitu terbuka kepada semua warga negara berumur 18 hingga 60 tahun dan tidak memerlukan sijil dan pemohon yang mempunyai ijazah dan sijil boleh memohon dengan gred dan tangga gaji berbeza.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, penempatan latihan kemahiran secara percuma kepada golongan yang berminat untuk mendapatkan kemahiran atau latihan. Latihan disediakan dalam dua kategori iaitu jangka pendek selama lima hari dan beberapa bulan atau tahun untuk jangka panjang.

Menurut beliau, kos perjalanan, penginapan, kelengkapan asas, kos pengangkutan pergi balik ke tempat kerja, makan dan minum untuk bulan pertama sebelum mendapat gaji akan disediakan oleh majikan yang berdaftar dengan program itu.

Selain itu, Armin Baniaz berkata, kini Selangor merupakan negeri pertama yang mengadakan ‘Roadshow’ Gerakan Ekonomi Pejuang yang berlangsung di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali pada 19 Disember; 26 Disember 2021 di Balai Raya PJS 20/11 Petaling Jaya dan 2 Januari 2022 di No. 32, Jalan Kajang Perdana 2/3 Selangor.

“Tujuan ‘Roadshow’ ini diadakan untuk memaklumkan kepada lebih ramai masyarakat bantuan yang kami sediakan dan untuk rakyat yang lebih selesa untuk ‘walk-in’ berjumpa dengan kita.

“Sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi wakil kami di kawasan Parlimen terdekat,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!