2,572 mangsa banjir di Pahang masih di pusat pemindahan

Anggota Pasukan Polis Marin meneruskan tugas pemantauan banjir di beberapa lokasi di Temerloh pada Isnin ekoran hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.- Foto FB Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga
Anggota Pasukan Polis Marin meneruskan tugas pemantauan banjir di beberapa lokasi di Temerloh pada Isnin ekoran hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.- Foto FB Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga
A
A
A

KUANTAN - Seramai 2,572 mangsa banjir daripada 740 keluarga masih berada di 54 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas sehingga jam 4 petang, pada Isnin.

Daripada jumlah mangsa di PPS itu, 1,834 mangsa daripada 498 keluarga merupakan mangsa yang dipindahkan dalam tempoh bencana banjir gelombang kedua melanda tujuh daerah di Pahang bermula pada 31 Disember lalu.

Semua PPS di Kuantan yang ditutup pada Sabtu kembali dibuka pada Isnin melibatkan enam PPS yang menempatkan 357 mangsa daripada 86 keluarga berikutan beberapa kawasan kembali dinaiki air.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sehingga jam 4 petang, Temerloh merekodkan seramai 625 mangsa daripada 209 keluarga berada di lima PPS yang masih dibuka manakala Lipis, 539 mangsa (16 PPS); Rompin,390 mangsa (7 PPS); Raub, 279 mangsa (12 PPS); Jerantut, 185 mangsa (4 PPS); Maran,70 mangsa (2 PPS) dan Bera,14 mangsa (1 PPS).

Sementara itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku Maran, masih merekodkan paras bahaya manakala tujuh lagi stesen di Sungai Pahang, Sungai Kuantan dan Sungai Rompin berada pada paras amaran.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!