Tangguh umrah tidak wajar dianggap diskriminasi: Idris

IDRIS
IDRIS
A
A
A

SEGAMAT - Keputusan kerajaan menangguhkan ibadah umrah berkuat kuasa pada 8 Januari depan tidak wajar dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, penangguhan itu dibuat bagi mengekang penularan Covid-19.

"Keputusan penangguhan umrah ini amat berat dan kerajaan cukup memahaminya memandangkan kita sudah lama tidak menunaikan umrah sejak Covid-19 melanda dunia, dua tahun lalu.

"Namun keputusan penangguhan umrah ini dibuat selepas kerajaan mengambil kira data Covid-19 terutama varian baharu, Omicron," kata beliau selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Agama Kuala Paya, Segamat, pada Isnin.

Menurut Idris, cadangan berkenaan kuarantin wajib di hotel bagi jemaah umrah pula sedang dikaji.

"Kerajaan juga ada cadangkan kuarantin wajib di hotel bagi jemaah umrah tetapi ia memerlukan 1,000 katil setiap hari.

"Justeru, saya berharap jemaah umrah yang kembali ke negara ini agar jaga disiplin dan menjalani kuarantin di rumah," katanya.

Sementara itu, berkenaan bantuan kepada mangsa banjir di Johor, Idris memaklumkan, peruntukan khas sebanyak RM66,500 akan disalurkan.

Artikel Berkaitan:

"Antara barangan bantuan diagihkan ialah selimut, periuk nasi dan kit ibadat. Diharap barangan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa banjir," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!