Ayob Khan terima tugas Pengarah JSJN Bukit Aman

Upacara pemakaian pangkat oleh Acryl Sani (kiri) kepada Ayob Khan (kanan).
Upacara pemakaian pangkat oleh Acryl Sani (kiri) kepada Ayob Khan (kanan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Razarudin Hussain menyerahkan jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman kepada Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam majlis serah terima tugas di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini pada Isnin.

Razarudin yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai pengarah jabatan tersebut dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara susulan persaraan wajib Datuk Seri Mazlan Lazim pada 25 Disember lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau dan seluruh warga PDRM mengucapkan syabas dan berasa yakin dengan keupayaan Ayob Khan untuk memimpin jabatan tersebut.

"Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, Datuk Ayob mampu memikul amanah yang diberikan dengan cemerlang sekali gus dapat memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan PDRM dalam mengharungi apa jua cabaran," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Upacara serah terima tugas daripada Razarudin (kiri) kepada Datuk Ayob Khan (kanan) sambil disaksikan oleh Acry Sani (tengah)
Upacara serah terima tugas daripada Razarudin (kiri) kepada Datuk Ayob Khan (kanan) sambil disaksikan oleh Acry Sani (tengah)

Turut berlangsung adalah majlis serah terima tugas melibatkan Datin Zalena Mohd Ariffin yang dilantik Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) JSJN yang baharu menggantikan Datin Zainah Othman dengan disaksikan oleh Pengerusi Perkep Malaysia Puan Sri Ir Zaitun Mohd Isa.

Sementara itu, turut diberi penghargaan dalam upacara tersebut adalah seramai 50 anggota dan pegawai PDRM yang dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

"Penganugerahan PJPN kepada 50 anggota dan pegawai PDRM ini adalah untuk menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian mereka kepada negara semasa era darurat serta insurgensi komunis," kata Acryl Sani.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada 24 Disember melaporkan, Ketua Polis Johor tersebut sah dilantik sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman yang baharu.

Ketua Polis Kedah, Asisten Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat pula akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor yang baharu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!