Mayat wanita terapung di tasik Putrajaya ada tatu bunga mawar

Laporan Sinar Harian pada Ahad mengenai penemuan mayat wanita reput di sebuah tasik di Putrajaya pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Ahad mengenai penemuan mayat wanita reput di sebuah tasik di Putrajaya pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis sedang berusaha mengesan waris mayat wanita ditemukan terapung di dalam tasik berhampiran kawasan riadah di Presint 2 di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, hasil bedah siasat forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati ada tatu berbentuk bunga mawar warna hitam di punggung sebelah kiri mayat.

"Usaha mengesan waris masih diteruskan menerusi tanda tatu tersebut serta pakaian mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

A Asmadi berkata, pakaian yang dipakai oleh wanita itu adalah blazer berwarna hitam, kemeja-T berwarna biru, 'mini skirt' kain jean berwarna hitam, baju dalam berwarna tortilla (coklat), seluar dalam berwarna hitam dan tali pinggang pada skirt berjenama Versace.

Baju yang dipakai wanita yang ditemukan terapung di dalam tasik berhampiran kawasan riadah di Presint 2, Putrajaya pada Sabtu.
Baju yang dipakai wanita yang ditemukan terapung di dalam tasik berhampiran kawasan riadah di Presint 2, Putrajaya pada Sabtu.

"Kita turut menjumpai tiga bentuk cincin perak di tangan kanan dan satu gelang tangan juga diperbuat daripada perak di pergelangan tangan kanan mangsa," katanya.

Beliau berkata, keadaan mayat didapati sudah tiga hingga lima hari berada dalam air dan punca kematian belum dikenal pasti.

"Pemeriksaan doktor mendapati ketinggian mangsa adalah 163 sentimeter, manakala berat badan kira-kira 50 hingga 60 kilogram.

Artikel Berkaitan:

"Bangsa tidak dikenal pasti kerana mayat sudah mereput dan tanda suntikan BCG dan Rubella di bahu kiri, kanan mangsa telah hilang kerana kulit sudah tertanggal," katanya.

A Asmadi berkata, pemeriksaan luaran mayat mendapati mayat berada lama di dalam air dan telah kembung.

"Terdapat kesan-kesan luka dipercayai gigitan haiwan liar dan kesan dicalar oleh haiwan liar (biawak) di pipi serta badan melecet akibat terkena matahari," katanya.

Menurut, terdapat juga kesan luka di atas kening dipercayai terkena benda tumpul tetapi bukan unsur jenayah," katanya.

"Pemeriksaan doktor juga mendapati tiada kesan kecederaan atau retakan pada mana-mana bahagian tulang mangsa," katanya.

Pada Sabtu, mayat wanita tanpa identiti ditemukan di tasik berkenaan, dalam keadaan kembung dan reput

Mayat wanita itu ditemui seorang pengawal keselamatan warga asing yang pada mulanya disangkakan patung ketika sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan pada jam 6.30 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!