Air pasang besar: 19 penduduk Kemaman dipindahkan

Beberapa kawasan yang dinaiki air berikutan air pasang besar di Kemaman.
Beberapa kawasan yang dinaiki air berikutan air pasang besar di Kemaman.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Beberapa kawasan yang terletak berhampiran pesisir pantai dan muara sungai di Kemaman dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku di daerah itu pada malam Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu bagi menempatkan penduduk kampung yang terjejas.

Menurutnya, sehingga jam 8 pagi Selasa, seramai 19 mangsa daripada lima keluarga sudah dipindahkan ke PPS yang mula diaktifkan sejak jam 9 malam.

"Seramai 10 mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga dan sembilan penduduk lagi berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor," kata kenyataan itu pada Selasa.

Beliau berkata, fenomena air pasang besar yang melanda Kemaman pada malam Isnin adalah menghampiri 3.7 meter dan antara kawasan terjejas adalah Kampung Geliga Baru dan Jabor Estate.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!