Enam tonggak Liverpool tidak beraksi berdepan Arsenal

Salah (kiri) dan Mane - Foto The Mirror
Salah (kiri) dan Mane - Foto The Mirror
A
A
A

SERAMAI enam tonggak Liverpool disahkan tidak beraksi pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga berdepan Arsenal pada Sabtu kerana memenuhi tugasan bersama skuad kebangsaan termasuk ada yang masih belum pulih daripada kecederaan.

Pengendali The Reds, Jurgen Klopp menegaskan, biarpun tanpa enam tonggak berkenaan, skuad kendaliannya itu tetap perlu bersedia untuk berdepan The Gunners dan seterusnya mencatatkan kejayaan bagi menjamin bekalan selesa untuk aksi separuh akhir kedua kelak.

“Kita akan kehilangan khidmat Sadio Mane, Mohamed Salah dan Naby Keita yang beraksi untuk negara masing-masing pada Kejohanan Negara-Negara Afrika.

“Selain itu, kita juga kehilangan khidmat pemain pertahanan Nat Philips, Harvey Elliott dan Thiago Alcantra yang disahkan mengalami kecederaan.

“Malah dalam masa sama, saya juga turut tersenarai apabila disahkan positif Covid-19 pada aksi berdepan Chelsea, Isnin lalu dan hanya menyaksikan perlawanan menerusi televisyen,” katanya.

Untuk rekod, sepanjang, ketiadaan Klopp, tempatnya digantikan oleh penolong pengurus, Pepijn Lijnders bagi mengemudi The Reds.

Malah, Lijnders dijangka sekali lagi bakal berada di tepi padang pada aksi berdepan Arsenal berikutan tempoh isolasi yang perlu dijalani Klopp.

Mengulas lanjut, Klopp mengesahkan bahawa penjaga gol, Alisson Becker, Roberto Firmino dan Joel Matip telah kembali menyertai latihan dan mereka juga telah menyerahkan sampel ujian calitan kepada pihak bewajib.

Artikel Berkaitan:

Justeru, kesemua pemain ini perlu menjalani proses isolasi sebelum dapat diturunkan untuk berdepan Arsenal nanti.

“Menurut satu kenyataan saya difahamkan bahawa seseorang boleh berhenti melakukan proses isolasi selepas tujuh hari jika kerap melakukan ujian dan kesemua hasil ujian berkenaan adalah negatif.

“Selain itu perlu juga dipastikan bahawa setiap ujian dilakukan setelah cukup tempoh 24 jam selain perlu dipastikan bashawa suhu badan tidak tinggi,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!