Covid-19: Lebih 1 juta penduduk diminta tinggal di rumah

China melaporkan 175 lagi kes baharu Covid-19 sehingga Selasa. - Foto AFP
China melaporkan 175 lagi kes baharu Covid-19 sehingga Selasa. - Foto AFP
A
A
A

BEIJING - Kira-kira 1.17 juta penduduk di bandar raya Yuzhou, tengah China diarah tinggal di rumah masing-masing mulai malam Isnin sebagai usaha untuk mengawal penularan virus Covid-19 di negara berkenaan.

Ia dilakukan selepas tiga kes Covid-19 tanpa gejala direkodkan baru-baru ini.

Beijing telah melaksanakan pendekatan 'sifar Covid' dengan sekatan sempadan yang ketat dan penutupan yang disasarkan sejak virus itu mula-mula muncul.

Menurut satu kenyataan yang disiarkan pada Isnin, penduduk di kawasan tengah China tidak boleh keluar.

Semua komuniti akan menubuhkan sentri dan pintu pagar untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan serta kawalan secara ketat.

China telah melaporkan 175 lagi kes baharu Covid-19 pada Selasa termasuk lima di wilayah Henan dan lapan lagi dalam kelompok berasingan yang dikaitkan dengan kilang pakaian di bandar Ningbo.

Walaupun kes yang dilaporkan rendah berbanding dengan tempat-tempat lain di dunia, jangkitan baharu Covid-19 dalam beberapa minggu kebelakangan ini telah mencapai tahap tertinggi yang tidak pernah dilihat di negara ini sejak Mac 2020.

Terdapat 95 kes baharu direkodkan di Xi'an iaitu sebuah bandar raya bersejarah dengan 13 juta penduduk di wilayah jiran Shaanxi yang menjalani perintah 'lockdown' selama hampir dua minggu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!