Pemimpin harus buang sikap angkuh jika tidak mahu disingkir rakyat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sikap tidak boleh menerima kritikan, angkuh dan bodoh sombong harus dikikis dalam diri mana-mana pemimpin.

Tegas Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), Prof Zaharom Nain, jika mereka terus bersikap demikian, lambat laun mereka akan akhirnya menerima balasannya dan disingkirkan oleh rakyat.

“Ahli-ahli politik seharusnya turun dari ‘kuda’ mereka, di mana mereka mengandaikan bahawa mereka berkuasa dan mempunyai pandangan yang lebih baik daripada semua.

“Sikap bodoh sombong ini menjadi masalah. Mudah untuk atasi sikap ini tapi untuk mereka ia sesuatu yang sukar, mereka mengandaikan bahawa mereka sentiasa benar.”

Katanya, sudahlah selalu melenting apabila ditegur, malah tidak sedar diri dan menyatakan pula bahawa rakyat sepatutnya berterima kasih kepada mereka.

Perangai buruk sebegini perlu dibuang, demi masa depan negara yang lebih baik. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!