Isu siren: Selesaikan segera, bukan cari salah siapa

Pemandangan udara menunjukkan penduduk mula pulang ke kediaman masing-masing bagi melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut di Taman Pinggiran Sungai Kelamah pada Selasa. - Foto Bernama
Pemandangan udara menunjukkan penduduk mula pulang ke kediaman masing-masing bagi melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir surut di Taman Pinggiran Sungai Kelamah pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

TAMPIN - Pihak berkaitan diharap dapat menyelesaikan masalah sistem siren amaran banjir di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah pada kadar segera yang didakwa tidak berfungsi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berkata, ini bukan masa untuk mencari salah sesiapa.

"Saya sudah minta Jabatan Perhutanan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin untuk segera selesaikan masalah ini dan pastikan siren itu dapat berfungsi semula.

"Janganlah menyalahkan mana-mana pihak, yang penting penyelesaiannya. Jadikan apa berlaku sebagai iktibar. Janganlah hal kecil begini mengakibatkan bencana lebih besar," katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di Taman Pinggiran Felda Sungai Kelamah di sini pada Selasa.

Tambah beliau, siren itu perlu dihidupkan semula secepat mungkin agar kemusnahan besar yang dihadapi penduduk akibat banjir tidak berulang lagi.

Sinar Harian memetik laporan Awani pada Ahad, penduduk kecewa apabila sistem amaran siren banjir di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Gemas gagal berfungsi sehingga memaksa mereka berpindah sehelai sepinggang

Selain itu, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, JPS Negeri Sembilan akan menyiasat segera dakwaan penduduk di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Gemas berhubung siren amaran banjir yang dipasang tidak berfungsi dalam kejadian banjir di kawasan itu Sabtu lepas.

Beliau tidak menafikan hujan pada Sabtu lepas agak lebat sehingga amaran siren tidak dapat didengar sama seperti di Ampangan, Seremban.

Artikel Berkaitan:

.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!