Mengemis wang tapi sibuk cas telefon iPhone, bawa beg mahal!

INILAH wanita yang dipercayai dari Romania yang meminta sedekah sedangkan dia didakwa berkemampuan. -Agensi
INILAH wanita yang dipercayai dari Romania yang meminta sedekah sedangkan dia didakwa berkemampuan. -Agensi
A
A
A

MENGEMIS minta sedekah, pada masa sama sedang sibuk mengecas telefon iPhone X baharu!

Itu senario yang berlaku di Union Township, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) dan sikap seorang wanita bukan warga AS itu mendapat kecaman teruk daripada netizen seluruh dunia.

Kisahnya bermula apabila wanita yang masih sihat tubuh badan itu meminta wang dengan orang ramai di jalanan kononnya perbelanjaan untuk menjaga bayinya.

Kejadian ini berlaku pada awal minggu ini.

Namun, wanita itu disifatkan tidak perlu mengemis pun kerana dia dilihat sedang mengecas sebuah telefon bimbit jenis iPhone X dan beg tangan berjenama dianggarkan bernilai AS$500 (RM2,045.49)!

Wanita yang disifatkan agak 'kurang ajar' itu turut menulis atas sehelai kertas bersaiz besar berbunyi: "Saya mempunyai seorang bayi. Atas nama Tuhan, bantu saya belikan barangan bayi dan lampin."

NAK BERAMAL TENGOK PADA TEMPATNYA

Polis Union Township berkata kepada Metro UK, wanita itu dipercayai berasal dari Romania.

Artikel Berkaitan:

"Wanita itu memiliki perhiasan yang mahal dan tidak kelihatan seperti terdesak untuk perlukan wang," kata jurucakap polis.

Anggota penguat kuasa itu turut melihat suspek mempunyai telefon yang anggaran mencecah AS$900 (RM3,681.82), beg berjenama dan perhiasan mewah selepas soal siasat dilakukan.

"Bagus untuk kita berbuat amal tetapi ia bukan idea yang baik untuk menderma kepada seseorang yang begitu. Jika anda semua melihat ada seseorang yang memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi ibu pejabat polis dan pegawai kami akan bertindak balas dan menilai," kata jurucakap polis itu lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!