Lebih 22.86 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi
KUALA LUMPUR - Sebanyak 22,868,434 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dos vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam Selasa.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 23,158,375 individu atau 98.9 peratus daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja pula, sebanyak 87.7 peratus atau 2,760,090 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,851,195 individu atau 90.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Sementara itu, sejumlah 241,595 dos vaksin diberikan pada Selasa melibatkan 2,844 dos pertama, 3,952 dos lengkap dan 234,799 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada 58,303,449 dos termasuk 6,865,812 dos penggalak.
Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sebanyak 31 kes kematian direkodkan pada Selasa.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi sebanyak sembilan kes, diikuti Kedah, Johor, Kelantan, Perak dan Sabah dengan masing-masing merekodkan tiga kes, Pahang dan Pulau Pinang (dua) dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Terengganu serta Negeri Sembilan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!