Donnarumma positif Covid-19

Donnarumma disahkan positif Covid-19.
Donnarumma disahkan positif Covid-19.
A
A
A

PENJAGA gol Paris Saint-Germain (PSG), Gianluigi Donnarumma disahkan positif Covid-19, kata kelab itu pada Rabu selepas pemain Itali itu bermain dalam perlawanan Piala Perancis semalam.

Donnarumma akan terlepas perlawanan Ligue 1 Ahad ini menentang Lyon dengan penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas dilihat sebagai pilihan utama mengisi kekosongan tersebut.

Pemain berusia 22 tahun itu kini menyertai senarai lima pemain PSG yang diketepikan selepas didapati positif Covid-19.

Antara lima pemain tersebut ialah Lionel Messi dan Danilo Pereira yang tidak bersama PSG ketika pasukan itu mara ke pusingan 16 terakhir Piala Perancis pada Isnin dengan kemenangan 4-0 ke atas divisyen empat Vannes.

"Virus ini sangat pelik. Ketika ini kami sedang mengikuti dengan dekat situasi setiap pemain. Kami tahu bahawa mungkin terdapat lebih banyak jangkitan.

“Kami adalah pasukan yang menghormati peraturan dan kewajipan untuk menguji diri sendiri. Kami berharap tidak akan ada kes tambahan dalam pasukan," kata jurulatih PSG, Mauricio Pochettino pada Isnin.

Dalam pada itu, tonggak pertahanan PSG, Juan Bernat yang dijangkiti Covid-19 semasa cuti musim sejuk Ligue 1, bebas daripada virus tersebut selepas dua ujian yang dilakukannya pada Isnin dan Selasa didapati negatif.

Pemain pertahanan Sepanyol itu dibenarkan menyambung latihan bersama rakan sepasukan pada hari Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!