Lensa vivo X70 Pro rakam keindahan sebenar Negeri Di Bawah Bayu

No Image Caption
A
A
A

vivo Malaysia berkolaborasi bersama Perbadanan Pelancongan Sabah hasilkan filem pendek; The Visual Xplorer paparkan keindahan di Sabah.

KUALA LUMPUR – vivo Malaysia dengan kolaborasi bersama Perbadanan Pelancongan Sabah, melancarkan filem pendek bertajuk “The Visual Xplorer” untuk mendokumentasikan masyarakat, kekayaan budaya dan keindahan lanskap Sabah, bagi menyerlahkan tarikan sebenar Negeri Di Bawah Bayu itu kepada dunia.

Filem berdurasi 1 minit 27 saat itu didokumentasi menggunakan vivo X70 Pro, telefon pintar unggul yang dilengkapi teknologi pengimejan hasil kejuruteraan bersama.

Filem pendek yang mendapatkan sentuhan pengarah tempatan itu, Brian Christie, menyaksikan penonton dibawa mengembara dan meneroka Sabah melalui pelbagai kebudayaan, suku kaum, makanan, pesta dan keindahan alam semula jadi.

No Image Caption

Dengan menggunakan vivo X70 Pro yang didatangkan dengan lensa kamera hasil kejuruteraan bersama ZEISS yang diselaputi ZEISS T* Coating dan Ultra Penderiaan Kamera Gimbal, penghasilan filem ini menyerlahkan kemampuan peranti ketika merakamkan setiap detik dan memori yang tak pernah diungkapkan daripada keindahan bumi Sabah.

“Di vivo, kami percaya akan keupayaan merakam dan berkongsi keseronokan melalui saat-saat indah manusia dan alam semula jadi. Saya gembira kerana kita dapat menceritakan mengenai Sabah bersama dengan Perbadanan Pelancongan Sabah.

Artikel Berkaitan:

“Keupayaan fotografi peranti vivo X70 Pro dapat merakam bumi Sabah secara terperinci bagi mengabadikan keindahan lanskap dan budaya negeri Borneo itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu.

No Image Caption

Sabah adalah sebuah negeri yang memiliki keunikan biodiversiti dan budaya tersendiri. Dari pelbagai pilihan destinasi sehingga kepada kemudahan pelancongan tempatan, negeri ini dipenuhi dengan pelbagai ceritera menakjubkan untuk dikongsi bersama.

No Image Caption

Filem pendek itu merakamkan pelbagai lokasi pelancongan indah di Sabah seperi Kampung Budaya, Pulau Mantanani dan Pusat Perlindungan Hutan Hujan Sepilok dengan paparan bermacam aktiviti masyarakat setempat.

“Kami amat gembira dapat berkolaborasi dengan vivo untuk berkongsi keindahan yang dimiliki Sabah. Sebenarnya banyak lagi yang ingin disajikan untuk tontonan para penonton dan Sabah memiliki pelbagai keindahan untuk ditawarkan kepada masyarakat dunia.

No Image Caption

“Kami berharap melalui filem ini, masyarakat akan menghargai Sabah dan mencipta lebih banyak peluang untuk menyerlahkan keindahan Sabah di mata dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pelancongan Sabah, Noredah Othman.

Filem pendek The Visual Xplorer ini boleh ditonton di vivo Malaysia’s Official Facebook Page dan vivo Malaysia Official Youtube Channel.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!