Tiada tindakan, ADUN Teruntum baiki sendiri jalan rosak

Chon Siang terpaksa mengambil tindakan sendiri selepas mendapati tiada tindakan segera diambil oleh agensi berkaitan untuk membaiki jalan berlubang di Jalan Beserah.
Chon Siang terpaksa mengambil tindakan sendiri selepas mendapati tiada tindakan segera diambil oleh agensi berkaitan untuk membaiki jalan berlubang di Jalan Beserah.
A
A
A

KUANTAN - Tindakan perlahan daripada pihak berkaitan untuk membaiki jalan rosak menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang mengambil inisiatif sendiri menampal laluan berlubang di sepanjang Jalan Beserah di sini.

Menurutnya, langkah itu terpaksa diambil selepas mendapati tiada tindakan segera diambil agensi terlibat membaiki kerosakan berkenaan, sedangkan ia boleh membahayakan pengguna jalan raya.

"Saya sudah membuat tinjauan di jalan itu sejak Ahad malam lalu dan melihat ada tiga anggota polis sedang cuba membaiki jalan berlubang dengan meletakkan batu kecil.

"Saya kemudian memaklumkan perkara ini kepada kontraktor yang menjalankan kerja pemasangan paip kumbahan sekitar bandar raya Kuantan untuk mereka ambil tindakan segera, namun apabila saya datang (tinjau) pagi semalam (Selasa) lubang itu belum dibaiki, " katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Chon Siang (kanan) mengambil keputusan menampal jalan berlubang di Jalan Beserah selepas mendapati tiada tindakan diambil pihak berkaitan.
Chon Siang (kanan) mengambil keputusan menampal jalan berlubang di Jalan Beserah selepas mendapati tiada tindakan diambil pihak berkaitan.

Chon Siang menjelaskan, terdapat tiga kejadian membabitkan penunggang motosikal terlanggar lubang di jalan berkenaan dilaporkan berlaku.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sekiranya tiada tindakan segera tidak dilakukan, lebih banyak kemalangan boleh berlaku di jalan terbabit.

"Jadi, saya ambil keputusan untuk membuat sendiri (baiki) dengan menggunakan penyodok dan menampal jalan berlubang terbabit dengan batu kerikil dan pasir.

"Selain itu, saya membantu mengawal lalu lintas berhampiran laluan berkenaan bagi mengelak kenderaan melanggar jalan berlubang itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Chon Siang berkata, jalan terbabit rosak selepas hujan lebat baru-baru.

Dakwanya, projek loji rawatan pembetungan berpusat berada beberapa meter di jalan itu dipercayai menjadi punca wujudnya lubang di sepanjang laluan terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!