Enam polis maut dalam serangan di Mexico

Serangan terbaharu ke atas pasukan keselamatan Mexico dalam tempoh beberapa bulan. - Foto devdiscourse.com
Serangan terbaharu ke atas pasukan keselamatan Mexico dalam tempoh beberapa bulan. - Foto devdiscourse.com
A
A
A
MEXICO CITY - MEXICO. Enam anggota polis Mexico ditembak mati di barat negeri Jaslico, dalam serangan berdarah ke atas pasukan keselamatan dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, kata pihak berkuasa. Serangan berlaku pada hari pertama pemerintahan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador yang baharu dilantik Sabtu lalu. Pendakwa raya Jalisco menerusi laman Twitter berkata, enam anggota polis terbunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian tembakan di kawasan bandar raya La Huerta di pantai Pasifik, hanya beberapa hari selepas serangan ke atas konsulat Amerika Syarikat (AS) di Guadalajara. Seorang jurucakap pendakwa raya berkata, masih tidak diketahui pihak yang bertanggungjawab, namun kejadian berlaku di wilayah yang dikuasai kumpulan Jalisco New Generation Cartel (CJNG), sebuah geng dadah paling berpengaruh di Mexico. - Reuters

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!