Semangat Eriksen belum padam
CHRISTIAN Eriksen menyatakan hasrat untuk kembali bermain untuk Denmark pada Piala Dunia, namun keinginan bekas tonggak Inter Milan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dengan status terkini tahap kesihatannya.
Pemain Denmark itu sebelum ini ditamatkan kontraknya oleh gergasi Serie A selepas memasang peranti pemula jantung selepas insiden rebah semasa perlawanan peringkat kumpulan Euro 2020 menentang Finland di Copenhagen yang menyaksikan peralatan tersebut tidak dibenarkan di Itali.
Situasi sama pernah dialami bekas rakan sepasukannya Daley Blind yang mempunyai peranti sama dipasang ketika bermain di Ajax Amsterdam, dan kini Eriksen perlu meyakinkan kepada bakal kelabnya bahawa dia cukup cergas untuk kembali beraksi seperti sebelum ini.
“Itulah yang saya rasakan masanya sudah tiba untuk saya mengadakan temubual, kerana saya tahu apa yang saya mahukan dalam perjalanan hidup - saya mahu kembali bermain bola sepak semula.
“Doktor sudah berkata bahawa ia 'Okey', ia bagus, jadi semuanya stabil, justeru ia seperti lampu hijau untuk kembali bermain bola sepak,” kata pemain berusia 29 tahun itu kepada DR.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!