Masalah teknikal MRT Laluan Kajang cetus kemarahan ramai
SHAH ALAM - Perkhidmatan MRT Laluan Kajang mencetuskan kemarahan orang ramai apabila salah sebuah tren mengalami masalah teknikal pada Rabu.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan kekecewaan mereka kerana menyebabkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan untuk masa yang lama.
Seorang pengguna akaun Twitter, @Darysini98 menyifatkan keadaan dalam MRT tersebut sesak dan setiap perhentian di satu stesen memakan masa lebih 10 minit.
“Pengumuman buruk, hanya memaklumkan bahawa terdapat kesesakan Sekarang, semua orang akan lambat pergi kerja,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Rabu.
MRT Kajang Line Update: We are experiencing technical difficulties at Phileo Damansara. Alternate train services are implemented between:
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) January 5, 2022
1. Kwasa Sentral to Phileo Damansara; and
2. Semantan to Kajang
Shuttle train service is also available between Phileo Damansara and S ...
Seorang lagi pengguna Twitter, @nuraidilhidayah turut menyarankan orang ramai supaya tidak menggunakan perkhidmatan MRT pada Rabu.
“Terdapat ‘kesesakan’ di platform jadi tren akan perlahan dan berhenti lebih lama di setiap stesen.
“Apa logik ‘terdapat kesesakan di platform hadapan’? Bukankah MRT memiliki platform tersebut?” soalnya.
@MyRapidKL boleh tak sampaikan info dgn betul. ini tak habis2 ulang minta maaf kesesakkan pltform dgn speaker yg pecah. bingit la telinga dgr. Pkse keluar pulak train di Phileo Damansara. bgitahu awal lah kena turun tu.. jadi org tak buang masa tunggu n cari alternatif lain..
— Nuni (@Fahnuni) January 5, 2022
Sementara itu, pengguna Twitter, @amadsyawzbunny turut berkongsi keadaan sesak dalam MRT menyebabkan orang ramai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
“Kenapa setiap minggu kena hadap perkara yang sama? Train bersesak sebab mereka beritahu nak keluarkan train daripada laluan.
“Adakah tidak ada prosedur untuk penyelenggaraan atau pemeriksaan yang betul sebelum mengendalikan MRT?” soalnya.
Pada Rabu, Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf di atas kesulitan yang dialami pengguna akibat kelewatan jadual perjalanan berikutan masalah teknikal yang berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara.
Maluri NOW pic.twitter.com/uEDhDFmtz1
— (@1006kbms) January 5, 2022
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!