Kilang pemetik api terbakar

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22, Shah Alam pada Rabu.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran di sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22, Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22 di sini terbakar pada petang Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.15 petang.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 3.29 petang.

"Kebakaran melibatkan sebuah kilang tiga tingkat berukuran 50x100' kaki (4.65x9.29 meter) mengalami kebakaran sebanyak 70 peratus," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!