UUM teroka potensi azolla sebagai makanan ternakan

Dr Risyawati melakukan penyelidikan terhadap Azzola sebagai makanan ternakan.
Dr Risyawati melakukan penyelidikan terhadap Azzola sebagai makanan ternakan.
A
A
A

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) meneroka potensi sejenis tumbuhan hijau dikenali azzola sebagai makanan ternakan atau dedak haiwan dalam usaha membantu meringankan beban kos makanan ternakan.

Ketua Pusat Kajian Food Security, Innovation dan Development (FInDER), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Profesor Madya Dr Risyawati Mohamed berkata, penyelidikan azzola bertujuan membantu penternak berpendapatan rendah (B40) dan menerima geran sokongan daripada UUM.

Menurutnya, penglibatan FInDER melalui projek penternakan ayam dalam kalangan masyarakat kampung di Kedah sejak tahun 2020 menyedarkan penyelidik berkaitan isu makanan ternakan.

"Azolla yang tumbuh dengan banyak dalam kolam air dan sawah padi di pelbagai negara di Asia berpotensi menjadi sumber makanan sesuai untuk ternakan kerana kandungan protein tinggi sekitar 20 hingga 30 peratus dan kandungan asid amino seperti lisin.

"Sehubungan itu, penyelidikan mendalam dilakukan terhadap beberapa jenis ‘water fern’ seperti azolla bertujuan meneroka kegunaan genus ini daripada pelbagai segi termasuk menerokai potensinya dalam bidang makanan manusia, makanan ternakan dan kosmetik," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Azzola yang berpotensi dijadikan makanan ternakan.
Azzola yang berpotensi dijadikan makanan ternakan.

Beliau yang juga ahli mikrobiologi berkata, hasil penyelidikan mendapati azolla sangat sesuai dijadikan makanan ternakan terutama arnab dan ayam.

"Saya juga berjaya memfailkan satu paten dan enam harta intelek, menulis artikel akademik dan bab dalam buku seterusnya mengkomersialkan produk yang dihasilkan daripada penyelidikan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat pelbagai cabaran memastikan pertumbuhan azolla cukup untuk menampung keperluan penyelidikan dan seterusnya keperluan kegunaan secara komersil.

“Azolla adalah sejenis ‘fern’ yang mudah hidup dalam ekosistem yang sesuai namun tumbuhan ini juga mudah mati apabila kondisi pembiakan tidak sesuai.

"Faktor seperti suhu, pH, nutrien dan jumlah pendedahan kepada cahaya matahari perlu diambil kira bagi memastikannya hidup subur dan membiak,” katanya.

Makanan ternakan yang dihasilkan Ketua Pusat Kajian Food Security, Innovation dan Development (FInDER), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Profesor Madya Dr Risyawati Mohamed.
Makanan ternakan yang dihasilkan Ketua Pusat Kajian Food Security, Innovation dan Development (FInDER), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Profesor Madya Dr Risyawati Mohamed.

Bagaimanapun katanya, kerjasama dan sokongan daripada anak syarikat UUM sendiri akan dijadikan sebagai platform bagi memastikan produk itu berjaya dikomersialkan dan mencapai komuniti sasaran.

Dalam perkembangan sama, Dr Risyawati memberitahu, kini usaha masih diteruskan untuk melihat potensi Azolla untuk makanan ternakan lain antaranya azolla pinnata.

Katanya, potensi tumbuhan dan alga selain Azolla juga sedang dikaji dan akan terus diterokai terutama bagi menyokong kesinambungan usaha bagi menyokong rangkaian bekalan makanan yang lebih kuat dan stabil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!