PDRM saran letak lima bot di setiap IPD

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya menempatkan lima bot di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, cadangan ini bagi mempersiapkan setiap IPD dalam menghadapi banjir.

"Kita akan bawa cadangan ini ke peringkat kerajaan.

"Perkara ini adalah di peringkat cadangan untuk dibentangkan dan ia dibuat susulan kejadian banjir yang melanda beberapa negeri sebelum ini," katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.

Mengulas mengenai perkembangan banjir, Hazani berkata, pihaknya menggerakkan pelbagai aset dengan kekuatan anggota seramai 6,042 orang sepanjang operasi penyelamatan mangsa banjir.

"Berdasarkan laporan yang diterima daripada semua Pusat Kawalan Kontinjen (CCC), sebanyak 13,322 individu terlibat dalam kejadian banjir di tujuh negeri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!