Pegawai bomba cedera ketika padam kebakaran
SHAH ALAM - Seorang pegawai bomba cedera ketika memadam kebakaran di sebuah kilang di Seksyen 22 pada petang Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang, pegawai bomba berkenaan sedang memadam kebakaran di tingkat bawah bangunan tersebut sebelum simen konkrit jatuh ke atasnya.
Menurutnya, pegawai berkenaan mengalami sakit di bahagian tengkuk dan diberikan rawatan awal.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang untuk rawatan lanjut.
"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!