Pemancing lemas, rakan hilang

Mayat seorang mangsa ditemui dan dihantar ke Klinik Kesihatan Kerakit, Pulau Banggi, sebelum diserahkan kepada polis.
Mayat seorang mangsa ditemui dan dihantar ke Klinik Kesihatan Kerakit, Pulau Banggi, sebelum diserahkan kepada polis.
A
A
A

KUDAT - Seorang lelaki ditemui lemas manakala rakannya belum ditemui selepas lima hari tidak pulang rumah ketika keluar memancing di perairan Kudat, di sini.

Mangsa, Lauran Maujan, 53, ditemui kira-kira jam 3 petang Selasa di perairan Kampung Selamat, Pulau Balambangan, manakala Kamri Kail, 51, masih hilang dan operasi Carilamat sedang dilakukan.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, kedua-dua mangsa keluar memancing pada 1 Januari lalu dengan menaiki sebuah bot kayu di sekitar kawasan perairan antara Kampung Limbuak Laut dan Pulau Balambangan.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan masih belum pulang sehingga aduan diterima pada jam 10.48 pagi semalam.

"Susulan laporan itu, operasi Carilamat diaktifkan oleh 'Maritime Rescue Sub Centre' (MRSC) Kota Kinabalu dan kira-kira jam 3 petang, seorang mangsa ditemui oleh penduduk kampung.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kerakit, Pulau Banggi, untuk tindakan lanjut oleh pihak polis," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, operasi mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!