Mayat mangsa banjir ditemui selepas enam hari hilang

Mayat mangsa ditemui tersepit di celah batu selepas dibawa arus sungai di Beluran pada Rabu.
Mayat mangsa ditemui tersepit di celah batu selepas dibawa arus sungai di Beluran pada Rabu.
A
A
A

BELURAN - Mangsa ketiga banjir akhirnya ditemui selepas enam hari dilaporkan hilang di sungai dalam kejadian di Kampung Kinadaan dekat sini.

Mangsa dikenali sebagai Kaerul, 26, ditemui tersepit di celah kayu besar berhampiran tebing sungai kira-kira jam 1.20 petang Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Rastam Keladi berkata, mangsa dilaporkan hilang di sebuah ladang di Sugut pada Jumaat.

"Menurut laporan, mangsa ditemui tersepit berhampiran tebing sungai pada jarak 1.8 kilometer dari tempat kejadian mangsa hanyut dibawa arus deras.

"Mangsa ditemui oleh pasukan bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan orang awam," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi ditamatkan pada jam 6 petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!