Laluan Jalan Kinabalu dari arah Cheras dibuka
KUALA LUMPUR - Laluan Jalan Kinabalu dari arah Cheras yang ditutup akibat mendapan tanah pada Selasa, sudah dibuka kepada pengguna jalan raya setelah kerja pembaikan dan pemulihan jalan telah selesai pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kerja pembaikan dan pemulihan jalan yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah selesai pada jam 11.50 malam.
"Pengguna jalan raya kini boleh meneruskan perjalanan seperti biasa untuk sampai ke destinasi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sarifudin memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran.
Pada Selasa media melaporkan pihak polis melakukan penutupan dan lencongan jalan bagi semua kenderaan akibat tanah mendap yang mengakibatkan jalan berlubang di Jalan Kinabalu menghala ke Cheras.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!