Piala Liga: Chelsea tumbangkan Tottenham di Stamford Bridge
CHELSEA membawa bekalan dua gol menjelang perlawanan timbal balik kedua Piala Liga setelah melakar kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Stamford Bridge.
Anak buah Thomas Tuchel yang menguasai perlawanan bermula garang apabila merobek gawang Tottenham seawal minit kelima hasil jaringan Kai Havertz.
Gawang anak buah Antonio Conte bolos sekali lagi kali menerusi jaringan gol sendiri tonggak pertahanan Spurs, Ben Davies untuk Chelsea selesa mendahului 2-0.
Kekalahan itu merencat harapan Spurs, di bawah bekas jurulatih Chelsea, Conte, untuk memenangi trofi pertama sejak menjulang Piala Liga pada 2008.
Untuk rekod Chelsea memenangi 12 trofi kejuaraan utama termasuk tiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua gelaran Liga Juara-Juara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!