Covid-19: Lagi 18 kematian baharu direkodkan
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,609 orang, daripada 2.76 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal CovidNow, tiga daripada 18 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 39,739 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 32,509 individu atau 81.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 3,574 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 3,399 kes dirawat di hospital dan 257 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 120 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 137 lagi memerlukan mesin ventilator. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!